Autonomous Robot and Vision System
Faculty of Technology and Information Science

Robot Lego

Memperkenalkan konsep asas dan aplikasi robot kepada peserta. Peserta didedahkan terhadap komponen-komponen utama dalam pembangunan sesebuah robot. Kaedah dan konsep pengaturcaraan akan diterap bagi membantu peserta memahami tools yang disediakan. Antara komponen untuk membangunkan robot ini adalah, komponen sensor dan komponen motor.

Microcontroller

Mendedahkan peserta terhadap penggunaan mikro pengawal, Arduino dalam pembangunan robot. Peserta dibekalkan dengan set komponen robot seperti DC motor, servo motor, peranti cahaya dan warna, ultrasonik, bluetooth serta perisian komputer yang akan digunakan semasa bengkel. Pengenalan konsep dan asas penggunaan perkakasan dan keselamatan semasa pengendalian komponen elektronik diikuti dengan pembangunan robot akan dilakukan secara kumpulan kecil dan oleh fasilitator.

Humanoid

Untuk menukarkan minda robot kepada pergerakan, koordinasi rangka humanoid seperti lengan, kaki dan penyambungan akan dikawal. Model setiap pergerakan robot humanoid akan dibangunkan secara terperinci. Sebilangan sensor akan dilengkapkan untuk membuatkan robot bergerak mengikut pergerakan yang ditetapkan. Teknik Artificial intelligence akan diprogramkan kepada robot untuk mereplikasikan pergerakan mengikut pergerakan manusia.

Vision Processing

Memperkenalkan pengaturcaaran robot menggunakan Python. Peserta dibekalkan dengan Raspberry Pi 3 dan Kamera Raspberry Pi. Peserta juga didedahkan dengan asas pemprosesan imej bagi kegunaan robot. Antara fungsi asas pemprosesan imej yang akan dipelajari adalah face recognition, eye tracking, handwriting recognition, object tracking, video recording serta pengawalan DC motor.

Robot Soccer System

The Robot Soccer (RS) system adalah salah satu sistem edutainment yang ditubuhkan di Autonomous Robot and Vision System (ARVIS) Lab, Center for Artificial Intelligence Technology (CAIT). Ia merangkumi tiga modul utama iaitu visi robot, permainan strategi robot dan pengawalan robot.